Website-Kpm Permohonan Tahun 1

11 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Selasa – 10 Mac 2020, bermula jam 9.30 pagi hingga 4 petang, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu aktiviti kepada komuniti sekitar Taman Malihah. Aktiviti ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar cara mengendalikan website. Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan dan melatih ibu bapa dalam menggunakan Website sebagai panduan untuk masa hadapan.

Tujuan kelas adalah:
 Permohonan pendaftaran Tahun 1 sesi 2021/2022
 Melahirkan ibu bapa agar bijak dan mahir menggunakan komputer untuk kegunaan seharian.
 Mengajar ibu bapa untuk mendaftar menggunakan website khususnya website KPM.
 Melatih ibu bapa supaya dapat mengendalikan tetikus dan papan kekunci dengan baik seperti menaip dan menekan tetikus.

Kelebihan dan kebaikan pengendalian website:
• Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.
• Membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).
• Dapat membantu ibu bapa dalam menguruskan pembelajaran anak-anak seperti pendaftaran dan sebagainya.

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali